Salam sahabat-sahabat… bersua kembali di lapangan alam maya… kali ni teman ingin berkongsi satu kisah yang pada pandangan teman memang memberi pengajaran yang berguna insyaALLAH..
… kalu yang tang tersedu tu pastinya luahan golongan yang tidak kemampuan yakni mereka yang ‘bersamamu tv3’… kais pagi makan pagi kais petang makan petang..kadang-kadang tak terkais dek tiada daya upaya untuk meneruskannya… teman pernah terbaca satu komen yang mengambil contoh di india dan Indonesia dimana yang kaya menjadi sangaaatt kaya dan miskin jadi bertambah fakir..jurang yang begitu ketara…
Berbalik kepada kisah raja ini.. setelah pembinaan istana ini siap, maka raja ini dengan baik hati telah menyediakan satu majlis untuk memperlihatkan kemegahan istana ini dan memerintahkan semua sekian rakyat jelata dari golongan atasan sampai golongan bawahan untuk sama-sama memeriahkan jamuan yang dibuat oleh raja ini dan mereka dihidangkan dengan berbagai hidangan yang lazat-lazat.
Disamping itu raja ini mengarahkan pengawal-pengawal di setiap pintu istana mengawal dan menanyakan setiap mereka yang mengunjungi akan perihal keindahan istana raja ini. Dan pastinya setiap jawapan yang terluah adalah ‘wahhh….kecantikan, keindahan, kemegahan istana ini memang molek bebenor dengan taraf raja’.. dan segala feedback akan disampaikan kepada raja ini. Apa lagi, kembang kempis hidung raja mendongar pujian mereka.. agak-agak ikhlas ke pujian mereka tu…raja atau pemimpin duk bermegah-megah rakyat duk kebulur…tak patut-tak patut… kalu kutuk jawabnya kena hukuman lah mereka itu..jadi untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini, maka bermanis komentar mereka mengenai istana ini. Memang tak di nafikan istana ini memang ‘cun melecun’ la..tapi kalu pembaziran tak molek la gitu rakyat pun duk mengemis… alangkah bahagianya dizaman khalifah Abdul Aziz..tiada kemiskinan tiada kepapaan tiada ke’rasuah’an..hatta tiada siapa yang layak menerima zakat dizaman Khalifah ini..subhanaALLAH…
Seramai-ramai manusia yang ‘menziarah’ istana raja ini..terdapat segerombolan orang-orang tua yang bertampal-tampal pakaian mereka itu…menggambarkan kedhaifan mereka itu.. seperti biasa usai menjamu selera, mereka akan ditanya mengenai kehebatan istana ini. Maka salah seorang dari orang tua ini membangunkan dirinya…’wahai pemilik istana ini..di sini terdapat dua kecacatan besar pada istana yang indah ini’ dan semua geng-geng orang tua tu menganggukkan kepala tanda sokongan padu di atas ulasan yang kontroversi itu tanpa rasa takut. Dek soalan itu, pengawal istana bertanya dengan hairan ‘ Apa pakcik kata? Berani pakcik kata lagu tu!’. Sambung orang tua tuu ‘ Benar, terdapat dua kecacatan di dalamnya’.
Disebabkan komentar yang negatif maka pengawal istana menahan geng-geng orang tua itu lalu membawa mereka mengadap raja pemilik istana itu.
Selepas mendengar laporan pengawal itu, maka sang raja bertanya kepada orang tua itu ‘wahai orang tua, beta tidak rela kecacatan ada di istana ini. Katakan kepada beta apa kecacatan itu?
Berkata orang tua itu ‘ wahai tuanku, bukankah istana indah ini akan rosak akhirnya?’
‘Ya, memang benar’ jawab raja.
‘Maka itulah kecacatan yang pertama’ terang orang tua itu
Termenung sang raja mendengar ulahan orang tua itu.
‘Tuanku, semua yang ada di dunia ini fana, jadi pemilik istana ini juga akan meninggal dunia, jadi itulah kecacatan yang kedua.’ Tegas orang tua yang warak itu.
Raja tercengang mendengar jawapan itu, dan mengakui akan kebenaran kata-kata orang tua itu.
‘wahai orang tua, apakah ada istana dan pemiliknya yang tidak akan rosak dan mati? Tanya raja itu.
Geng-geng orang tua itu hampir serentak tersenyum dan tergelak kecil seolah-olah mereka sudah lama menunggu soalan dari raja itu.
‘Ada tuanku.’jawab orang tua itu dengan yakin. ‘ Di syurga, dimana kenikmatan yang tidak akan rosak buat selama-lamanya. Di sana, pemilik tidak akan mati dan istana tiada yang cantik melainkan semuanya cantik tanpa cacat celanya. Dan alangkah bahagianya jika tuanku dapat memperolehinya kerana jalan untuk memperolehinya adalah sangat luas dan tidak sukar tuanku.’jawab orang tua itu dengan semangat juang yang tinggi untuk berdakwah.
‘Bagaimana beta mahu memperolehinya’ Tanya raja itu.
‘Mudah saja tuanku, perolehinya dengan beriman kepada ALLAH swt dan menjalani semua perintah dan menjauhi semua laranganNya tuanku. Sebaliknya jika tuanku tidak mengerjakan semua itu maka kesiksaan dan azab yang pedih akan menanti tuanku dimana jelas sekali kesakitan itu tidak akan tertanggung dan tidak terbayang kesakitannnya.’ jelas orang tua itu.
Rupa-rupanya kata-kata orang tua itu masuk di dalam jiwa raga sang raja. Pada kala itu jugak raja itu memeluk islam dan melakukan hijrah yang terbesar dalam hidupnya dengan menjadi raja yang alim dan adil terhadap rakyatnya dengan berkat ajakan hamba ALLAH yang soleh hingga akhir hayat raja itu.
Macam mana sahabat-sahabat semua dengan berakhirnya cerita ini? Begitulah di dunia ini..semuanya fana belaka.. tiada yang kekal melainkan PENCIPTA YANG SATU. Tentu sahabat semua pernah dan selalu tengok ‘istana’ orang kenamaan yang gah dan tersergam indah. Kadang-kadang teman terfikir, rumah bertingkat-tingkat tapi kalu dah tua memang tak larat dah nak naik tangga…melainkan kalu dah kaya bebenor pakai lif atau escalator ke…fuh, tu memang dah kaya sangat dah tu.. tapi kan, takkan la takde perasaan riya’ bila orang puji ‘wah datuk’ cantiknya rumah datuk ni, bertingkat-tingkat pulak tu’ ‘well, i designed rumah ni based on western style ‘ ‘I tak main la yang biasa-biasa, not my taste ok’ ‘amboi datin, perabot dan barang-barang mahai-mahai belaka noo..class gitu’ …itulah selalu yang terdengar dalam drama melayu…hehehe… jadi standard la mesti berlaku in reality kan.. tak gitu kak non oooo…
Walauapa pun, islam tidak melarang manusia untuk berhias..tapi biarlah berpada dan jangan melampui batas… even kita mampu sekalipun, biarlah bersederhana..itu lebih molek.. ok sahabat-sahabat..sampai ketemu kembali sih..tersilap bicara harap dimaafi ya... salam mawaddah.
0 comments:
Post a Comment