Keblinger

Keblinger
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMA' ..ALLAHUAKBAR

waktu..asr...time...

FB...OOO....FB

0
| Saturday, January 4, 2014
PENEROKAAN DUNIA FB..  

MAJORITI MANUSIA BOLEH TIDAK KERUAN JIKA FB TIADA DI DEPAN MATA... ..

INFO YANG LEBIH LAJU DARI MEDIA MASSA YANG LAIN .. RUTIN HARIAN... LIKE, SHARE, POST, LIKE, SHARE POST.... TIDAK PUAS HATI ....POST TERUS... GEMBIRA, SEDIH, SEMUA PERASAAN... FB LAH SASARAN UTAMA.... 

SEMUSTINYA... FB ADA BAIK DAN.... PASTINYA ADA BURUKNYA....  

JADI ... JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI .... MUKA BUKU.....



APA YANG PASTI...DUNIA MAKIN TIADA BATASANNYA..  PASTIKAN DIRI KITA GUNAKAN MEDIUM INI SEBAGAI CABANG DAKWAH...INSYAALLAH... 


REALITI SEKARANG.....



TEMAN JUMPA SATU PAGE YANG BAGI TEMAN HARMONI GAMBAR-GAMBAR YANG DI POST KAN...  .  DAN HASIL  TANGKAPAN TEMAN... YANG AGAK MENARIK PANDANGAN MATA INI.... 














~~~~peace....
|
SALAM PERJUANGAN ....

SELEPAS 2 TAHUN BLOG INI DI ANAK TIRIKAN   :D ... MAKA PADA MALAM INI 4/1/2014 ... HATI INI BERUSAHA UNTUK MENGETUK MINDA INI UNTUK BERBICARA DAN DITERJEMAHKAN DI RUANG MAYA...



INSYAALLAH...CUBAAN UNTUK TERUS MENCARI INFO DAN DI SHARING KAN DI SINI... SEMOGA ADA MANFAATNYA.... peacee  ~~~

dodoian ibu menidurkan anak..sayup terdengar..memecah sunyi

0
| Sunday, September 25, 2011


Salam kepada sahabat semua.. pada kali ini teman nak posting satu entry untuk sahabat-sahabat yang sudah bergelar ibu dan bapa… tahniah juga teman ucapkan.. kepada yang bakal …semoga ALLAH permudahkan urusan kalian..ameen.. J ..


Pada kali ini, teman survey la kan.. kalu tang nak sleeping beauty si comel mesti berkumandang suara-suara yang ‘merdu’ di dengari pada hemat si comel.. pada hemat orang disekeliling…hehehe.. merdu gak.. erkk… ..yang penting…si comel dapat tidur dengan aman damai dan akan rasa secured lah.. bcoz lovely mum or dad sings a very ‘harmonious’ song…erkkk…… dan di sinari dengan penuh kasih saying yang di luahkan oleh ibu dan ayah…wah..so sweet maaa…dan teman pasti sahabat-sahabat memang dah apply pun....

Sepanjang teman membuat survey..… lagu yang molek di dodoikan semestinya… zikrullah dan mana-mana nyanyian yang enak didengari.. dan ofkos la nasyid kan kan…

Apa yang teman tahu.. bayi pada usia yang sangat kecil..sangat mudah catch up apa yang dituturkan oleh ibu bapa atau bunyi-bunyian di sekeliling… masa ini..nak absorb sangat mudah.. jadi kakak teman pernah bagitau ulama'-ulama' silam mengesyorkan elaklah bayi-bayi yang baru lahir mendengar perkataan-perkataan yang tak best.. dan teman syor kan elaklah dari menonton televisyen yang kadar kelajuan yang tinggi volume nya..dan semestinya jangan lah membawa bayi anda ketempat yang crowded.. contohnya.. pasar malam, pasar tani, pasaraya, segala pasar-pasar laa… elakkan demi kemaslahatan bayi anda.. demi pertumbuhan yang baik dan cergas untuk bayi anda.. dan anda semua mesti sedia maklum keadaan manusia yang ramai.. dengan tahap kesihatan mereka ‘unknown’.. errkk…. Jadi berwaspadalah anda…..



......erk...gambar ni macam tak ramai orang...hrmm..

Kembali kepada mainpoint entry ini..

1) Teman teringat Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (my peberet panelist in forum perdana-a religious talkshow a long time ago before he was restricted I mean ‘banned’ from being appeared in dats show due to political reason..huhu).. ustaz tuan Ibrahim kata lebih kurang macam ni la ‘ kalu dari duk nyanyi lagu Hindustani lebih baik nyanyi buat nasyid لا اله الا الله .. insyaALLAH..mak yang tidur..hehehe… sekurang-kurangnya anak itu dah diserap kalimah aqidah itu dalam hatinya sejak bayi lagi.. subhanaALLAH..






jumpa vc ni jer.. tapi macamni la yang di katakan oleh ustaz tuan ibrahim..

2) Zikir ni pula teman selalu ‘apply’ semasa menjadi babysitter huhu…waah..walaupun application selalu sumbangsih tapi mereka-mereka yang terlibat tidur jaa..errkkk...zikir yang teman maksudkan ialah.. zikir murah rezeki.. sekurang-kurangnya teman dapat ingat dan dapat gak manfaatnya..insyaALLAH..dan hasilnya anak saudara teman nisrina amalin telah ‘agak’ berjaya mengingatinya walaupun dalam kadar yang dicampur dengan bahasa ntah..ambe pum tak fehem.. dan mp3 mengenai zikir di bawah..


(xde vid from utube..erkk)


3) Selain itu teman rasa best gak kalu baca untuk anak-anak anda selawat syifa… insyaALLAH.. berkat dodoian anda sebagai ibu dan ayah mithali akan mengharmonikan keadaan si comel kesayangan

anda..insyaALLAH..



apa-apa pun terpulang kepada ummi, abi, mummy, baba, ibu , ayah, mama, papa, untuk menterjemahkan kasih sayang anda kepada anak-anak anda... yang terbaik untuk anak-anak anda ada di tangan anda... smile click ~~~

p/s: untuk mummy sumayyah dan ibu arini.. selamat mendodoikan bayi anda…

kasih ibu sampai syurga...

0
| Sunday, September 18, 2011


Salam kepada sahabat semua…kali ini teman ingin berkongsi kepada sahabat-sahabat … kasih ibu …sambil baca sambil anda mendengar lagu..segenggam tabah…skrol paling bawah kat mp3 player… baru lebih feeling…J



Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan ..... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu

2-4 orang : Kamu sayang ibumu

5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu

10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu...














kisah: berpada-pada apa yang ada

0
| Tuesday, September 13, 2011


Salam sahabat-sahabat… bersua kembali di lapangan alam maya… kali ni teman ingin berkongsi satu kisah yang pada pandangan teman memang memberi pengajaran yang berguna insyaALLAH..


Pada zaman dahulukala di tanah arab, ada sebuah kerajaan yang besar, mantop dan disegani ramai.. bak kata ‘kawan mal..ada kelas lah’..… dalam kerajaan ini ada seorang raja yang memerintah. Rakyat di negeri ini ada yang kaya ada yang miskin…biasalah dimana ada sang kaya pasti ada fakir miskin. Raja negeri ini mempunyai harta yang banyak…berpoyang-poyang banyaknya. Maka raja ini berfikir ‘macam mana beta ingin menonjolkan harta kekayaaan beta ni?’.. pikiaq punya pikiaq…tetiba… pling~~~ ada mentol menjana minda raja ini… dengan tercetusnya idea itu...maka dengan itu raja ini dengan megahnya akan membina sebuah istana yang tersangat indah, cantik serta gah sekali layaknya. Maka raja ini telah mengerahkan keringat rakyat-rakyatnya untuk membina istana idaman ‘casa impian’. Setelah mengambil masa yang sepatutnya, dengan itu siaplah istana yang diimpikan oleh sang raja. tiada yang cantik melainkan cantik semata-mata, setiap mata yang terpandang pasti terkedu, terpanar dan tersedu…

kalu yang tang tersedu tu pastinya luahan golongan yang tidak kemampuan yakni mereka yang ‘bersamamu tv3’… kais pagi makan pagi kais petang makan petang..kadang-kadang tak terkais dek tiada daya upaya untuk meneruskannya… teman pernah terbaca satu komen yang mengambil contoh di india dan Indonesia dimana yang kaya menjadi sangaaatt kaya dan miskin jadi bertambah fakir..jurang yang begitu ketara…

Berbalik kepada kisah raja ini.. setelah pembinaan istana ini siap, maka raja ini dengan baik hati telah menyediakan satu majlis untuk memperlihatkan kemegahan istana ini dan memerintahkan semua sekian rakyat jelata dari golongan atasan sampai golongan bawahan untuk sama-sama memeriahkan jamuan yang dibuat oleh raja ini dan mereka dihidangkan dengan berbagai hidangan yang lazat-lazat.

Disamping itu raja ini mengarahkan pengawal-pengawal di setiap pintu istana mengawal dan menanyakan setiap mereka yang mengunjungi akan perihal keindahan istana raja ini. Dan pastinya setiap jawapan yang terluah adalah ‘wahhh….kecantikan, keindahan, kemegahan istana ini memang molek bebenor dengan taraf raja’.. dan segala feedback akan disampaikan kepada raja ini. Apa lagi, kembang kempis hidung raja mendongar pujian mereka.. agak-agak ikhlas ke pujian mereka tu…raja atau pemimpin duk bermegah-megah rakyat duk kebulur…tak patut-tak patut… kalu kutuk jawabnya kena hukuman lah mereka itu..jadi untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini, maka bermanis komentar mereka mengenai istana ini. Memang tak di nafikan istana ini memang ‘cun melecun’ la..tapi kalu pembaziran tak molek la gitu rakyat pun duk mengemis… alangkah bahagianya dizaman khalifah Abdul Aziz..tiada kemiskinan tiada kepapaan tiada ke’rasuah’an..hatta tiada siapa yang layak menerima zakat dizaman Khalifah ini..subhanaALLAH…

Seramai-ramai manusia yang ‘menziarah’ istana raja ini..terdapat segerombolan orang-orang tua yang bertampal-tampal pakaian mereka itu…menggambarkan kedhaifan mereka itu.. seperti biasa usai menjamu selera, mereka akan ditanya mengenai kehebatan istana ini. Maka salah seorang dari orang tua ini membangunkan dirinya…’wahai pemilik istana ini..di sini terdapat dua kecacatan besar pada istana yang indah ini’ dan semua geng-geng orang tua tu menganggukkan kepala tanda sokongan padu di atas ulasan yang kontroversi itu tanpa rasa takut. Dek soalan itu, pengawal istana bertanya dengan hairan ‘ Apa pakcik kata? Berani pakcik kata lagu tu!’. Sambung orang tua tuu ‘ Benar, terdapat dua kecacatan di dalamnya’.

Disebabkan komentar yang negatif maka pengawal istana menahan geng-geng orang tua itu lalu membawa mereka mengadap raja pemilik istana itu.

Selepas mendengar laporan pengawal itu, maka sang raja bertanya kepada orang tua itu ‘wahai orang tua, beta tidak rela kecacatan ada di istana ini. Katakan kepada beta apa kecacatan itu?

Berkata orang tua itu ‘ wahai tuanku, bukankah istana indah ini akan rosak akhirnya?’

‘Ya, memang benar’ jawab raja.

‘Maka itulah kecacatan yang pertama’ terang orang tua itu

Termenung sang raja mendengar ulahan orang tua itu.

‘Tuanku, semua yang ada di dunia ini fana, jadi pemilik istana ini juga akan meninggal dunia, jadi itulah kecacatan yang kedua.’ Tegas orang tua yang warak itu.

Raja tercengang mendengar jawapan itu, dan mengakui akan kebenaran kata-kata orang tua itu.

‘wahai orang tua, apakah ada istana dan pemiliknya yang tidak akan rosak dan mati? Tanya raja itu.

Geng-geng orang tua itu hampir serentak tersenyum dan tergelak kecil seolah-olah mereka sudah lama menunggu soalan dari raja itu.

‘Ada tuanku.’jawab orang tua itu dengan yakin. ‘ Di syurga, dimana kenikmatan yang tidak akan rosak buat selama-lamanya. Di sana, pemilik tidak akan mati dan istana tiada yang cantik melainkan semuanya cantik tanpa cacat celanya. Dan alangkah bahagianya jika tuanku dapat memperolehinya kerana jalan untuk memperolehinya adalah sangat luas dan tidak sukar tuanku.’jawab orang tua itu dengan semangat juang yang tinggi untuk berdakwah.

‘Bagaimana beta mahu memperolehinya’ Tanya raja itu.

‘Mudah saja tuanku, perolehinya dengan beriman kepada ALLAH swt dan menjalani semua perintah dan menjauhi semua laranganNya tuanku. Sebaliknya jika tuanku tidak mengerjakan semua itu maka kesiksaan dan azab yang pedih akan menanti tuanku dimana jelas sekali kesakitan itu tidak akan tertanggung dan tidak terbayang kesakitannnya.’ jelas orang tua itu.

Rupa-rupanya kata-kata orang tua itu masuk di dalam jiwa raga sang raja. Pada kala itu jugak raja itu memeluk islam dan melakukan hijrah yang terbesar dalam hidupnya dengan menjadi raja yang alim dan adil terhadap rakyatnya dengan berkat ajakan hamba ALLAH yang soleh hingga akhir hayat raja itu.




Macam mana sahabat-sahabat semua dengan berakhirnya cerita ini? Begitulah di dunia ini..semuanya fana belaka.. tiada yang kekal melainkan PENCIPTA YANG SATU. Tentu sahabat semua pernah dan selalu tengok ‘istana’ orang kenamaan yang gah dan tersergam indah. Kadang-kadang teman terfikir, rumah bertingkat-tingkat tapi kalu dah tua memang tak larat dah nak naik tangga…melainkan kalu dah kaya bebenor pakai lif atau escalator ke…fuh, tu memang dah kaya sangat dah tu.. tapi kan, takkan la takde perasaan riya’ bila orang puji ‘wah datuk’ cantiknya rumah datuk ni, bertingkat-tingkat pulak tu’ ‘well, i designed rumah ni based on western style ‘ ‘I tak main la yang biasa-biasa, not my taste ok’ ‘amboi datin, perabot dan barang-barang mahai-mahai belaka noo..class gitu’ …itulah selalu yang terdengar dalam drama melayu…hehehe… jadi standard la mesti berlaku in reality kan.. tak gitu kak non oooo…

Walauapa pun, islam tidak melarang manusia untuk berhias..tapi biarlah berpada dan jangan melampui batas… even kita mampu sekalipun, biarlah bersederhana..itu lebih molek.. ok sahabat-sahabat..sampai ketemu kembali sih..tersilap bicara harap dimaafi ya... salam mawaddah.




makanan berkhasiat di bulan ramadhan

0
| Saturday, August 20, 2011


SALAM RAMADHAN KAREEM...

Alhamdulillah...ALLAH masih memberi kita kesihatan, kecergasan, keaktifan dalam menjalani ibadah puasa
. Dan masih juga diberi ruang untuk bernafas di muka bumi


ALLAH ini...dan masih juga memberi peluang untuk kita mencari malam dimana satu malam ini lebih baik dari seribu malam.


Pada post kali ni teman nak berkongsi dengan sahabat-sahabat mengenai makanan yang pada pandangan temanlah makanan-makanan yang akan di inform sekejap lagi molek bebenor jika sahabat semua mengamalkannya... nescaya, dengan ini, sayugia diingatkan..hehehe... menjamin kesihatan anda dengan izin ALLAH...insyaALLAH.. .. smilee ~~click

Antara yang teman ingin kongsi ialah...semestinya

... buah kurma..


KURMA

dari segi perspektif Islam:

Dalam Quran, kurma merupakan antara buah yang kerap disebut di dalamnya.. Mengikut survey (teman amik kat link ini ) lebih 20 kali disebut, dengan menggunakan perkataan al-nakhl, al-nakhlah, al-nakhil, rutab dan linah. Begitu hebatnya buah kurma ini, telah disebut di dalam surah Al-An'am :


وَهُوَ الَّذِي أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ نَبَاتَ كُلِّ شَيْءٍ فَأَخْرَجْنَا مِنْهُ خَضِرًا نُّخْرِجُ مِنْهُ حَبًّا مُّتَرَاكِبًا وَمِنَ النَّخْلِ مِن طَلْعِهَا قِنْوَانٌ دَانِيَةٌ وَجَنَّاتٍ مِّنْ أَعْنَابٍ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُشْتَبِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ انظُرُوا إِلَىٰ ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَيَنْعِهِ إِنَّ فِي ذٰلِكُمْ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ [6-99

maksudnya: Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka Kami keluarkan dari tumbuhan yang menghijau itu biji yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pula) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan ALLAH) bagi orang-orang yang beriman.


sekarang jom kita lihat dalil dari Hadith pula mengenai kehebatan kurma ini.


Sabda Rasulullah saw: 'Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.'

Nabi juga bersabda: 'Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya seorang yang tabah dan bertakwa.


Nah, hebat bukan.. jadi jadikan ia sebagai amalan harian anda tidak semestinya di bulan puasa sahaja baru kita nak makan..tak gitu =)

sekarang kita lihat dari segi saintifik pulak: sebelum itu semestinya kita fikirkan bahawa apa yang diturunkan oleh ALLAH pasti ada sebab musabab dan hikmahnya.. jadi jangan biarkan diri anda diselubungi misteri ...:D


dari segi saintifik plak.. semustinya berkait rapat dengan kesihatan kitakan.. jadi di samping kita menikmati kemanisan dan 'keharmonian' kurma ini, molek lah kita tengok apakah keistimewaan kurma atau tamar ini.. jum kita lihat sapa yang kena...hehee..

Kajian yang dilakukan Prof Madya Asiah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan' Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari dan boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah ' (sumber: Berita Harian, selasa 20 feb, 2001)


Dan untuk kaum hawa pula ....jeng jeng jeng.....mengikut Prof Madya Asiah Zain juga menyifatkan buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan...subhanaALLAH.. itu lebih lanjut info mengenai kurma ini moleklah sahabat semua terjah di sini ... jadi fikir-fikirkanlah nak amal ke tak..heheh...peringatan kat diri teman jugak...


Lani kita 'move' makanan @ buah yang kedua.. kalu buah ni masyaALLAH, teman manyak suka ini buah..makan hari-hari pun bisa pak.. buah itu ialah ....


TEMBIKAI

betapa kepeberetan teman dengan buah ni...tengok pun dah jadi macam ni @_@.. waduh-waduh bikin ribut sih..

Jadi pada pandangan teman ni, apakata sahabat semua makan buah ni sebagai 'ulam' dalam hidangan makanan.. yang buat ia sebagai snek yang itu semestinya (teman la tu) kepada geng-geng sekepala dengan teman, tahniah teman ucapkan kerana anda suka buah yang mempunyai khasiat yang tidak kurang hebatnya...

authoriti: diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi, Aisyah pernah berkata: "Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buah tamar basah".

Mengikut kajian yang dibuat oleh Universiti Harvard lelaki yang banyak mengambil makanan yang mengandungi lycopene mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap penyakit kanser terutamanya kanser prostat. Ini kerana tembikai mempunyai 92 peratus air dan 8 peratus gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah pelbagai penyakit terutamanya kanser... SubhanaALLAH.. begitu besar kurniaan ALLAH terhadap hamba-hambaNYA...Alhamdulillah...

selain itu tembikai juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena.

Fungsinya ialah sebagai antioksidan yang diperlukan kerana ia berfungsi memperbaiki sel-sel badan yang rosak disamping membantu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser dari terus membiak.


ditambah pula ia kaya dengan kalium (potasium). Jika sahabat semua makan separuh sahaja, anda sudah memperoleh lebih kurang 825mg kalium. Fungsi kalium ialah merendahkan tekanan darah. Dan yang paling best ia menghalangbad cholesterol dari melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.

Speciality tembikai untuk para ibu.. tembikai (kelantanese called it timun cino ;) mempunyai asid folik iaitu sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu

bagi mencegah bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung. Tamat celita untuk ini punya timun cina maaa...;)

Last makanan yang ingin teman kongsikan ialah

BARLI

Kaya dengan serat, selenium, fosforus, kuprum, niasin dan mengenes.Waaahh...banyaknya khasiat..... SubhanaALLAH.

Fungsi serat dalam barli dimana ia mengeluarkan asid propionik yang menghalang proses pengeluaran kolesterol sekali gus merendahkan kadar kolesterol dalam badan. Kajian yang diterbitkan oleh Archives of Internal Medicine pengambilan makanan yang kaya dengan serat akan mencegah seseorang daripada menghidap sakit jantung.

Ditambah pula, ia mengandungi beta glucan yang berfungsi merendahkan paras kolesterol dengan mencantumkan kolesterol kepada asid hempedu untuk dibuang bersama najis.

Niasin pula boleh membantu melambatkan proses pembekuan darah (penting untuk ibu-ibu yang mengandung) dan membantu mengurangkan kadar kolesterol. Sekaligus elakkan sakit jantung dan strok.

Fosforos yang terdapat dalam barli dipercayai kompenan penting untuk membina setiap sel dan saraf. Disamping menjadi asas kepada pembinaan kod genetik insan, barli juga penting untuk pembinaan tulang.

Kuprum merangsang aktiviti enzim lysyl oxidase dimana enzim ini mampu mengekalkan fleksibiliti pembuluh darah, tulang dan sendi. Kuprum juga meredakan serangan radang sendi.

Selenium pula mampu mencegah penyakit kanser. Selain mengelakkan penyakit asma, ia juga mencegah penyakit jantung.

Mengenes adalah zat logam yang diperlukan dalam pembinaan tulang. hormon seks dan faktor pembekuan darah. Selain berperanan penting dalam metabolisme lemak dan karbohidrat, penyerapan kalsium, pengawalan kadar gula dalam darah dan proses pertumbuhan saraf dan otak.

Untuk kaum hawa, barli yang kaya dengan bahan antioksidan jenis vitamin E yang bernama tocotrienols mampu mencegah kanser terutama breast cancer dan kulit disamping menjaga kesihatan jantung.

(khasiat barli dan tembikai di ambil dari buku Quran Saintifik ,meneroka kecemerlangan Quran daripada teropong sains oleh Dr.Danial Zainal Abidin - teman suggest kat sahabat semua..buku ni BEST banyak ilmu dapat)

Jadi kepada sahabat-sahabat, jadikan makanan diatas sebagai makanan penting dalam kehidupan anda. Ada banyak lagi makanan yang halalan toyyiba yang ALLAH kurniakan untuk hamba-hambaNYA..jadi banyakkan bersyukur di atas limpahan kurniaan yang tidak terhingga ini. ALHAMDULILLAH...

Hidup sihat, rohani sihat, badan sihat menjamin kehidupan yang harmoni. insyaALLAH. peringatan untuk diri teman yang dhaif ini juga. sampai ketemukan di lain bicara. salam perjuangan =)

mendengar.....

 

Copyright © 2010 mencari sinar keimanan Blogger Template by Dzignine