Keblinger

Keblinger
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMA' ..ALLAHUAKBAR
zwani.com myspace graphic comments

waktu..asr...time...

makanan berkhasiat di bulan ramadhan

0
| Saturday, August 20, 2011


SALAM RAMADHAN KAREEM...

Alhamdulillah...ALLAH masih memberi kita kesihatan, kecergasan, keaktifan dalam menjalani ibadah puasa
. Dan masih juga diberi ruang untuk bernafas di muka bumi


ALLAH ini...dan masih juga memberi peluang untuk kita mencari malam dimana satu malam ini lebih baik dari seribu malam.


Pada post kali ni teman nak berkongsi dengan sahabat-sahabat mengenai makanan yang pada pandangan temanlah makanan-makanan yang akan di inform sekejap lagi molek bebenor jika sahabat semua mengamalkannya... nescaya, dengan ini, sayugia diingatkan..hehehe... menjamin kesihatan anda dengan izin ALLAH...insyaALLAH.. .. smilee ~~click

Antara yang teman ingin kongsi ialah...semestinya

... buah kurma..


KURMA

dari segi perspektif Islam:

Dalam Quran, kurma merupakan antara buah yang kerap disebut di dalamnya.. Mengikut survey (teman amik kat link ini ) lebih 20 kali disebut, dengan menggunakan perkataan al-nakhl, al-nakhlah, al-nakhil, rutab dan linah. Begitu hebatnya buah kurma ini, telah disebut di dalam surah Al-An'am :


وَهُوَ الَّذِي أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ نَبَاتَ كُلِّ شَيْءٍ فَأَخْرَجْنَا مِنْهُ خَضِرًا نُّخْرِجُ مِنْهُ حَبًّا مُّتَرَاكِبًا وَمِنَ النَّخْلِ مِن طَلْعِهَا قِنْوَانٌ دَانِيَةٌ وَجَنَّاتٍ مِّنْ أَعْنَابٍ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُشْتَبِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ انظُرُوا إِلَىٰ ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَيَنْعِهِ إِنَّ فِي ذٰلِكُمْ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ [6-99

maksudnya: Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka Kami keluarkan dari tumbuhan yang menghijau itu biji yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pula) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan ALLAH) bagi orang-orang yang beriman.


sekarang jom kita lihat dalil dari Hadith pula mengenai kehebatan kurma ini.


Sabda Rasulullah saw: 'Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.'

Nabi juga bersabda: 'Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya seorang yang tabah dan bertakwa.


Nah, hebat bukan.. jadi jadikan ia sebagai amalan harian anda tidak semestinya di bulan puasa sahaja baru kita nak makan..tak gitu =)

sekarang kita lihat dari segi saintifik pulak: sebelum itu semestinya kita fikirkan bahawa apa yang diturunkan oleh ALLAH pasti ada sebab musabab dan hikmahnya.. jadi jangan biarkan diri anda diselubungi misteri ...:D


dari segi saintifik plak.. semustinya berkait rapat dengan kesihatan kitakan.. jadi di samping kita menikmati kemanisan dan 'keharmonian' kurma ini, molek lah kita tengok apakah keistimewaan kurma atau tamar ini.. jum kita lihat sapa yang kena...hehee..

Kajian yang dilakukan Prof Madya Asiah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan' Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari dan boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah ' (sumber: Berita Harian, selasa 20 feb, 2001)


Dan untuk kaum hawa pula ....jeng jeng jeng.....mengikut Prof Madya Asiah Zain juga menyifatkan buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan...subhanaALLAH.. itu lebih lanjut info mengenai kurma ini moleklah sahabat semua terjah di sini ... jadi fikir-fikirkanlah nak amal ke tak..heheh...peringatan kat diri teman jugak...


Lani kita 'move' makanan @ buah yang kedua.. kalu buah ni masyaALLAH, teman manyak suka ini buah..makan hari-hari pun bisa pak.. buah itu ialah ....


TEMBIKAI

betapa kepeberetan teman dengan buah ni...tengok pun dah jadi macam ni @_@.. waduh-waduh bikin ribut sih..

Jadi pada pandangan teman ni, apakata sahabat semua makan buah ni sebagai 'ulam' dalam hidangan makanan.. yang buat ia sebagai snek yang itu semestinya (teman la tu) kepada geng-geng sekepala dengan teman, tahniah teman ucapkan kerana anda suka buah yang mempunyai khasiat yang tidak kurang hebatnya...

authoriti: diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi, Aisyah pernah berkata: "Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buah tamar basah".

Mengikut kajian yang dibuat oleh Universiti Harvard lelaki yang banyak mengambil makanan yang mengandungi lycopene mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap penyakit kanser terutamanya kanser prostat. Ini kerana tembikai mempunyai 92 peratus air dan 8 peratus gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah pelbagai penyakit terutamanya kanser... SubhanaALLAH.. begitu besar kurniaan ALLAH terhadap hamba-hambaNYA...Alhamdulillah...

selain itu tembikai juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena.

Fungsinya ialah sebagai antioksidan yang diperlukan kerana ia berfungsi memperbaiki sel-sel badan yang rosak disamping membantu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser dari terus membiak.


ditambah pula ia kaya dengan kalium (potasium). Jika sahabat semua makan separuh sahaja, anda sudah memperoleh lebih kurang 825mg kalium. Fungsi kalium ialah merendahkan tekanan darah. Dan yang paling best ia menghalangbad cholesterol dari melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.

Speciality tembikai untuk para ibu.. tembikai (kelantanese called it timun cino ;) mempunyai asid folik iaitu sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu

bagi mencegah bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung. Tamat celita untuk ini punya timun cina maaa...;)

Last makanan yang ingin teman kongsikan ialah

BARLI

Kaya dengan serat, selenium, fosforus, kuprum, niasin dan mengenes.Waaahh...banyaknya khasiat..... SubhanaALLAH.

Fungsi serat dalam barli dimana ia mengeluarkan asid propionik yang menghalang proses pengeluaran kolesterol sekali gus merendahkan kadar kolesterol dalam badan. Kajian yang diterbitkan oleh Archives of Internal Medicine pengambilan makanan yang kaya dengan serat akan mencegah seseorang daripada menghidap sakit jantung.

Ditambah pula, ia mengandungi beta glucan yang berfungsi merendahkan paras kolesterol dengan mencantumkan kolesterol kepada asid hempedu untuk dibuang bersama najis.

Niasin pula boleh membantu melambatkan proses pembekuan darah (penting untuk ibu-ibu yang mengandung) dan membantu mengurangkan kadar kolesterol. Sekaligus elakkan sakit jantung dan strok.

Fosforos yang terdapat dalam barli dipercayai kompenan penting untuk membina setiap sel dan saraf. Disamping menjadi asas kepada pembinaan kod genetik insan, barli juga penting untuk pembinaan tulang.

Kuprum merangsang aktiviti enzim lysyl oxidase dimana enzim ini mampu mengekalkan fleksibiliti pembuluh darah, tulang dan sendi. Kuprum juga meredakan serangan radang sendi.

Selenium pula mampu mencegah penyakit kanser. Selain mengelakkan penyakit asma, ia juga mencegah penyakit jantung.

Mengenes adalah zat logam yang diperlukan dalam pembinaan tulang. hormon seks dan faktor pembekuan darah. Selain berperanan penting dalam metabolisme lemak dan karbohidrat, penyerapan kalsium, pengawalan kadar gula dalam darah dan proses pertumbuhan saraf dan otak.

Untuk kaum hawa, barli yang kaya dengan bahan antioksidan jenis vitamin E yang bernama tocotrienols mampu mencegah kanser terutama breast cancer dan kulit disamping menjaga kesihatan jantung.

(khasiat barli dan tembikai di ambil dari buku Quran Saintifik ,meneroka kecemerlangan Quran daripada teropong sains oleh Dr.Danial Zainal Abidin - teman suggest kat sahabat semua..buku ni BEST banyak ilmu dapat)

Jadi kepada sahabat-sahabat, jadikan makanan diatas sebagai makanan penting dalam kehidupan anda. Ada banyak lagi makanan yang halalan toyyiba yang ALLAH kurniakan untuk hamba-hambaNYA..jadi banyakkan bersyukur di atas limpahan kurniaan yang tidak terhingga ini. ALHAMDULILLAH...

Hidup sihat, rohani sihat, badan sihat menjamin kehidupan yang harmoni. insyaALLAH. peringatan untuk diri teman yang dhaif ini juga. sampai ketemukan di lain bicara. salam perjuangan =)

mendengar.....


 

Copyright © 2010 mencari sinar keimanan Blogger Template by Dzignine