Keblinger

Keblinger
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMA' ..ALLAHUAKBAR
zwani.com myspace graphic comments

waktu..asr...time...

BERSIH: penglibatan muslimat...

0
| Wednesday, July 27, 2011



Salam reformasi kepada sahabat2 yang tersinggah di ruangan ini. wahh..tajuk diatas...

.agak lama jugak teman nak biarkan jari jemari teman menari mengikut rentak

sumbangsih di atas keyboard laptop teman nih...

walaupun perhimpunan BERSIH dikatakan sudah beberapa minggu dah berlalu,

namun sekarang masih lagi isu BERSIH bergema di setiap pelusuk ceruk rantau dunia

cyber dan media cetak...

Pada 9 Julai 2011..tercipta satu sejarah yang membuka minda rakyat malaysia... dimana gelombang semangat jiwa rakyat bergema di ibu kota.. teman dapat rasakan getaran jiwa jihad bergetar dengan hebat di setiap nadi ummat manusia yang berarak untuk menuntut keadilan yang sememangnya HAK milik mereka yang bergelar rakyat..

Selain, penglibatan kaum adam...tidak dilupakan juga penglibatan kaum muslimat yang begitu jitu menunjukkan corak rentak mereka yang gah untuk menuntut keADILan dan keTELUSan pilihanraya umum.

Sebelum itu..teman juz nak berkongsi dengan sahabat-sahabat yang belum tahu apa itu BERSIH... BERSIH merupakan satu perkataan yang menggambarkan sesuatu tanpa kotoran...hehehe.... seperti sahabat-sahabat sedia maklum berdasarkan hadis yang mahsyur ini ' Kebersihan adalah separuh dari iman' (Riwayat Muslim). Nah, jadi mesti sahabat2 semua sedia maklum apa yang tersirat di sebalik perkataan BERSIH dan relevancy nya dengan perhimpunan BERSIH... di pendekkan cerita... BERSIH ini merupakan satu nama yang dicipta untuk mendapat hak-hak yang telus dan bersih dalam pilihanraya umum.





Misi dan visi BERSIH adalah untuk :

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

atau dipanggil tuntutan 8.

Dengan ini semua badan NGO akan menyerahkan memorandum kepada YDPA untuk menyatakan hasrat supaya pilhanraya ADIL dapat dilaksanakan.

Teman nak stresskan bahawa penglibatan kaum hawa dalam perhimpunan ini membuka mata bahawa semangat yang ditunjukkan oleh mereka dalam menghadapi kesusahan dan kepayahan, biarpun mereka diherdik, ditengking, dan ada beberapa wanita diseret oleh anggota polis untuk ditahan. Namun begitu, semangat kental dan jitu yang ditunjukkan oleh mereka itu memberi satu aura untuk terus berjuang demi satu keadilan. Teruskan berjuang wahai akhawat..ingatlah tangan yang menghayunkan buaian bisa menggegarkan dunia..

Dalam banyak video kat utube pasai BERSIH ni yang teman tengok, teman nak ter'gelak'nya.. betapa kurang beradab beberapa polis yang menengking muslimat.. awat? elok bebenor ka adab macam tu? ada ke mereka tu bawa senjata yang merbahaya? kalu teman lah, mungkin teman bawa senapang gajah.. silap-silap sekali dengan gajah teman masuk ISA...minta jauh... kalu bab tengking ni memang teman tak respek lah golongan adam yang suka suki meninggikan suara yang sumbangsih tu. Macam mana nak hormat kat pulisi ni kalu diorang pun tak ber adab menyebabkan orang tak hormat. tapi bukan semua geng-geng pulisi berperangai demikian.

Ada persoalan yang timbul...molek ka muslimat yang join perhimpunan bercampur lelaki perempuan. Apa yang teman dapat tahu, golongan muslimat bergerak dalam kumpulan dan terdapat muslimin yang escort mereka. Jadi bila dah bergerak secara KUMPULAN YANG BESAR, soal keselamatan dapat dijaga dan bercampur lelaki perempuan dapat dielakkan.wallahualam. Kerana....mereka mempunyai satu misi dan visi dan untuk mencapainya adalah melalui perhimpunan aman yang dah tak jadi aman bila pulisi duk sesuka hati sembur tear gas dan water cannon..awat? nampak macho ke nak tunjukkan kekuasan encik pulisi? abis la duit rakyat macam ni..oopss...hehehe..

Apa-apa pun teman nak ucapkan TAHNIAH kepada muslimat semua. Kerana diri anda begitu berHARGA.


* VIDEO YANG MENUNJUKKAN GOLONGAN MUSLIMAT YANG BERJUANG DI LANDASAN MEREKA YANG TERSENDIRI..

salam mujahadah

0
| Tuesday, July 26, 2011
posting kali ini ermm...ponim den...

i believe - maher zain

0
|

Maher Zain and Irfan Makki


salam kasih sayang kepada semua pelawat yang singgah sekejap di pondok teman ini.. secara sengaja atau tak sengaja...

Tajuk lagu i believe nyanyian penyanyi yang di segani ramai... Maher Zain.. lagu latest beliau dalam album 'i believe'...

apakata teman mengenai lagu terbaik Maher Zain: bagi teman lagunya yang bersahaja, di samping lirik yang menggambarkan kecintaian insan terhadap PENCIPTA MAHA AGUNG dan KekasihNYA..., nada dan alunan muzik cukup harmoni... dan teman suka latar belakang dalam video clip lagu ni... sebab...teman suka HIJAU.. bulan purnama gitu....hehehe.....

jum sesama kita menghayati lirik lagu saudara Maher Zain feat Irfan Makki...bak kata org 'boleh tuju lagu?' hehehe...

When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you

He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day



Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

MAHER ZAIN
Coz I believe (Rasulullah)
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day

Chorus

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus

I believe I believe, I believe I believe

mendengar.....


 

Copyright © 2010 mencari sinar keimanan Blogger Template by Dzignine